Monday, August 15, 2011

Duit.. duit.. duit...

Bila sebut jer pasal duit, rasa macam mata duitan laaa plak kan..
Yelah, every month dapat gaji gerenti habis.
Dulu bole laa simpan, skarang ada anak mcm2 jer barang nak bli..
Seronok katakan nak beli baju & segalanyer kat anak..

Berbalik kepada duit tadi..
Tahun nie mcm2 kejadian yang agak luar jangkaan jugak lah happened.
Semuanya pasal duit..

Baru2 nie terjadilah satu kisah nie.
Tiap tahun, biasalah semua org menanti kehadiran
birthday kereta masing2 kan...
Yang kereta JLC VIVA kesayangan saya pulak
jatuh pada 26 Julai 2011. Ada gak laa save sikit untuk bayar insuran nyer..

Entah mcm mane, saya & hubby tak laa pulak perasan
tarikh mati kereta QAU SAGA kitorang pulak..
Saga tu baru 1 tahun, Ogos tahun lalu beli.
Hubby kata nnt dapat tunggakan gaji bulan Ogos boleh laa cover.
So kitorang pun setelkan insuran VIVA dulu.

So last 30 Julai, hubby call tanyer tarikh kat road tax kereta SAGA
(since saya yang guna SAGA kat Sri Aman & hubby guna VIVA kat Kuching),
saya pun gie laa check...

AIK!!!
26 Julai 2011! Biar betik!
Camne boleh sama dengan kereta VIVA nie?
Pulak dah.. Alamatnyer tak jalan laaa SAGA nie balik Kuching!

Pastu saya & hubby pun perah otak gak nak pikir mane nak chekau duit
nak bayar insuran. Nak tunggu akhir bulan 8 lama sangat..
Nnt kena saman si JPJ plak.. susah tu..

Entah camne, saya pun gie laa check duit kat bank.
(xcheck lagi duit gaji bulan 7)
Tiba2 dapat satu kejutan plak!
Mana laa pulak datang RM4 ribu extra kat dalam akaun nie?!

Saya terus balik rumah, check eGaji online...
La....
Camne boleh masuk tunggakan alaun perumahan nie?
Sedangkan sekarang saya duduk rumah kerajaan.
(sepatutnya xdapat alaun nie....)
So cepat2 laa saya g PPD nak inform bahagian Gaji..
Nnt susah plak kalau terbelanja nie..

Diorang cakap nnt diorang bagi surat suruh bayar balik.
Tapi tak tau laa plak bile...

Kebetulan dapat duit tu, saya 'pinjam' la sedikit
untuk bayar insuran SAGA.
Hubby cakap nnt dier bayar balik..
So, selamatlaa SAGA tahun nie..

Pastu dapat pulak BONUS bulan 8 nie...
SERONOK!

Skarang tgh tunggu dari PPD camne nak bagi balik duit tu.
Risau gak pegang duit tu lama2..
Kang terbelanje.. Banyak tu..

Tu laa dugaan tahun nie..
Namun saya betul2 bersyukur kepada
Yang Maha Pemurah,
kerana memberi jalan untuk menyelesaikan masalah
kewangan kami kebelakangan nie..


No comments: